hopefully sape yg singgah and bace blog nie, dapat hidayah dan petunjuk dari allah. aminn, and jadikan nie sbgai amalan k. thankyou. (':
Friday, November 25, 2011
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAAN
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN
Posted by deby (= at 6:37 AM 0 comments
:: ♥ PETUA IMAM SYAFI'E ♥ ::
Empat perkara menguatkan badan:
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan:
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata:
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata:
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran:
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
Empat cara tidur:
1. TIDUR PARA NABI - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH - Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
Posted by deby (= at 6:34 AM 0 comments
Posted by deby (= at 6:32 AM 0 comments
"Walau
sekejam atau sejahat mana pun seorang lelaki, dia tidak akan memilih
wanita yang tiada pekerti mulia & kurang ibadat. Lelaki mempunyai
sifat tanggungjawab. Sebab itu, sejahat mana pun dia, dia tetap memilih
wanita yang ada pegangan agama kerana lelaki itu mahukan anak-anaknya
kelak kuat pegangan agama agar berjaya dunia & akhirat."
:)
Posted by deby (= at 6:31 AM 0 comments
Posted by deby (= at 6:30 AM 0 comments
Cinta Itu Hadir Pada Semua Insan
Cahaya Indah Yang Dikurniakani Illahi
Cetusan Hati Berlandaskan Syariat Islam
Cinta ..
Indahnya Jika Aku Mencintai Tuhanku
Iman Digilap Setiap Hari Demi Meraih cintanya
Istiqamah Dalam Mempertahankan Cinta Suci
Cinta....
Nafsu Amarah Berjaya Dilunakkan
Nescaya Nafsu Akan Tertunduk Malu
Nauzubillah Bila Mana Cinta Dunia Melebihi Tuhanku
Cinta ....
Tanpa Cintamu Hidupku Melayang
Tanpa Kasihmu, Faqirlah Aku Selamanya
Tersentak Diriku Bila Cinta Itu Ditarik Kembali
Cinta ...
Alangkah Bodohnya Diriku Selama Ini
Aku Mencintai Makhluk Melebihi Dirimu
Andainya Masih Ada Sisa Cintamu Terhadapku
Aku Akan Memelihara Cinta Itu Demi Namamu
Posted by deby (= at 6:28 AM 0 comments
::♥ WANITA DAN BAU-BAUAN ♥::
Perlulah kita saling ingat memperingati bahawa Nabi SAW melarang wanita
memakai bau-bauan yang selain dari suaminya. Karena perbuatan itu
adalah zina sebagaimana yang disebut di dalam hadith:
"Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi
kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah
perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina."
(Hadith Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)
Posted by deby (= at 6:27 AM 0 comments
Tika
bersedih, panggilah hatimu dengan alunan gemerisik zikrullah pada Ilahi
kerana pada untaian alunan itu tersingkap JUTAAN kilauan KETENANGAN dan
KEDAMAIAN. Jadikanlah harapanmu padaNya menjadi perisai atas serangan
putus asamu..
"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi
tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati
Allah HATI menjadi TENTERAM." (al-Ra'd:28)
Posted by deby (= at 6:26 AM 0 comments
Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
~ ingatan utk semua..
Jangan hanya sujud ke "sejadah" saat susah.
Jangan hanya mengenal "telekung" saat sesak.
Jangan hanya memandang "qiblat" saat payah.
Jangan hanya teringat "wudhu" saat lemas.
Jangan hanya mengenal "tasbih" saat hanyut.
Jangan hanya memandang "alam" saat alpa.
Sayang yang tak kelihatan ada pada hati, letaknya iman.
Carilah sayang Agung itu.
Agar sayang tak lagi palsu. =)
Posted by deby (= at 6:25 AM 0 comments
:: ♥ 10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah SWT ♥ ::
1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Semoga dapat menjadi amalan kita semua.. ♥
Posted by deby (= at 6:24 AM 0 comments
11 MANUSIA YANG DIDOAKAN MALAIKAT
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah).
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
10. Orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Posted by deby (= at 6:23 AM 0 comments
Posted by deby (= at 5:00 AM 0 comments









