:: ♥ 10 SOLAT YANG TIDAK DITERIMA ♥ ::
Rasulullah s.a.w. telah bersabda
yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai
cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak
memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan
tidak juga menjadi petunjuk dan jalan
selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah s.a.w. telah bersabda
bahawa: "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t., antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang
lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang
lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak
tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya
marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai
tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9.
Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat
menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
" Sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Barang siapa yang solatnya itu tidak
dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka
sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t. dan
jauh dari Allah s.w.t.." Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu
tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka
sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada
hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu
seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
0 comments:
Post a Comment